BLUEBERRY CHEESETART



My all time favourite...pasti makan sampai berbiji-biji.




BLUEBERRY CHEESETART

Pastri:
A
125g mentega
65g gula kastor
1 sk esen vanila

B
1 biji kuning telur
1 sb air sejuk

C
250g tepung gandum
1 sb susu tepung


Cara2 membuatnya:
1. Pukul bahan A hingga lembut & berkrim.

2. Masukkan bahan B, pukul sebati.

3. Masukkan tepung and susu tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh. Bungkus & simpan dalam peti sejuk selama 15 min.

4. Ambil sedikit doh & tekan dengan kemas dalam acuan. Buat hingga habis. 

5. Bakar selama 15-20 min pada suhu 160C hingga keperang-perangan. Sejukkan sepenuhnya.


Cheese filling:
A
250g cream cheese
20g mentega
60g gula kastor

B
1 biji telur

C
100g fresh cream, dipukul kembang

D
2 sudu besar blueberry pie filling


Cara2 membuatnya:
1. Pukul bahan A hingga lembut & berkrim.

2. Masukkan bahan B. Pukul sebati. Masukkan pula bahan C. Bahagikan adunan kepada dua bahagian sama banyak.

3. Kemudian, satukan bahan D kedalam salah satu bahagian. Satu bahagian lagi biarkan plain. Masukkan dalam piping bag.

4. Paipkan sedikit adunan blueberry dalam pastri. Kemudian penuhkan dengan adunan yang plain. Buat hingga habis.

5. Bakar selama 15-20 min atau hingga masak pada suhu 150C. Sejukkan sepenuhnya baru disimpan dalam peti sejuk.





Comments

Popular Posts