Saturday, 1 October 2016

VERTICAL RED VELVET CAKE




Red velvet cake versi vertical...

Menarik bukan???Tengok gambar pun berselera.





Saya suka keknya yang lembut & inti lebih...yummyy!!!



VERTICAL RED VELVET CAKE

Cake:
A
2 1/2 cawan tepung superfine, diayak
2 sb serbuk koko
1 sk baking powder
1 sk baking soda

B
300g buttermilk
2 1/2 pewarna makanan merah
1 1/2 sk esen vanila

C
1/2 cawan minyak jagung
200g gula kaster
2 biji telur, gred A


Cara2 membuatnya:
1. Sediakan loyang bersaiz 9 inci. Griskan dengan sedikit mentega & lapikkan dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
2. Satukan semua bahan A & ayak. Satukan pula bahan B dalam mangkuk yang lain. Ketepikan.
3. Kemudian, dalam mangkuk pengadun. Satukan bahan C. Pukul hingga agak kembang. 
4. Masukkan bahan A & B berselang seli. Pukul sekejap & gaul guna whisk hingga rata. Jangan terlebih pukul kerana kek akan jadi keras.
5. Tuang adunan dalam loyang yang telah disediakan. Bakar guna kaedah steambath selama 45 minit atau hingga kek masak pada suhu 180C. Sejukkan sepenuhnya dalam loyang.


Cream cheese frosting:
A
600g non dairy whipping cream

B
250g cream cheese
1 1/2 sk esen vanila
50g gula aising, diayak


Cara2 membuatnya:
1. Pukul whipping cream hingga soft peak. Ketepikan.
2. Dalam mangkuk yang lain. Satukan bahan B & pukul hingga sebati. 
3. Kaup balikkan whipping cream kedalam adunan cheese. Jika frosting agak cair, pukul guna mixer hingga pekat & konsistensinya sesuai untuk di sapu pada kek.


Cara2 menyusun kek:
1. Ambil kertas, buat bulatan ikut saiz loyang yang digunakan. Gunting & lakarkan lagi beberapa bulatan yang semakin kecil saiznya pada kertas itu. Lagi banyak bulatan lagi banyak lapisan kek. 
2. Keluarkan kek yang telah sejuk dari loyang. Potong sedikit atasnya supaya rata. Letakkan kertas atas kek. Gunakan kertas yang dilakar tadi sebagai panduan untuk memotong kek mengikut bulatan. Pastikan bulatan yang luar & paling dalam adalah lapisan kek. 

3. Seterusnya, keluarkan lapisan kek dalam bulatan yang kedua & paipkan frosting dalamnya. Buat berselang seli hingga habis.

4. Sapukan keseluruhan kek dengan sisa frosting & hiaskan. Sejukkan selama 1 jam sebelum dipotong.





1 comment:

  1. Maksudnya Ni utk kek bulatan kedua,ke empat ,ke 6 Tu ganti dgn frosting cheese Lah ye Lyn?

    ReplyDelete

Thanks for your comments :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...